Berita

32 PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM BERJAYA TAMATKAN KURSUS ASAS TAKTIKAL PAYUNG TERJUN SIRI 1/2019

Taiping, 20 Mac 2019 - Seramai sembilan pegawai kanan dan 23 anggota pelbagai pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dianugerahkan sayap penerjunan setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Taktikal Payung Terjun Siri 1/2019 di Lapangan Terbang Tekah, dekat sini, pagi tadi.

Majlis penutupan kursus anjuran Unit 69 Komando PDRM tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan), CP Dato’ Zainal Abidin Kassim dengan diiringi Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff.

Dalam ucapannya, Dato’ Zainal mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

“Lebih membanggakan lagi, apabila saya dimaklumkan seramai 10 peserta wanita turut berjaya menamatkan kursus dalam siri kali ini.

“Jelas terbukti, tangan yang menghayun buaian itu mampu mengoncang dunia kerana mereka juga mampu mengharungi pelbagai latihan yang menguji ketahanan mental dan fizikal,” ucap beliau.

Sepanjang empat minggu kursus kendalian Cawangan Latihan Para 69 Komando tersebut, para peserta dikehendaki membuat latihan penerjunan pada ketinggian 1,200 kaki hingga 2,000 kaki di peringkat awal sebelum 32 peserta kursus itu dibenarkan membuat terjunan pada ketinggian sehingga 30,000 kaki bagi sesuatu operasi.

Kemuncak majlis penutup tadi adalah pemakaian insignia sayap penerjunan kehormat oleh SAC Abdul Razak kepada Dato' Zainal Abidin dan 12 pegawai kanan polis lain atas komitmen, keyakinan dan keazaman tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang bertugas dalam pasukan. Majlis kemudiannya diikuti dengan pemakaian insignia sayap penerjunan serta penyampaian sijil oleh Dato’ Zainal Abidin kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan kursus.

Yang turut hadir Komander Pasukan Gerakan Udara PDRM, DCP Dato' Mohd Rafique Ramli Arifin, barisan Komander PDRM, pegawai-pegawai kanan serta rakan media.

Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature
Bergambar kenangan.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing and outdoor
Bergambar kenangan.

No photo description available.
Insignia sayap penerjunan.

Image may contain: sky, outdoor and nature
Sesi demonstrasi terjun statik dan terjun bebas oleh Penerjun Taktikal 69 Komando.

Image may contain: sky and outdoor
Sesi demonstrasi terjun statik dan terjun bebas oleh Penerjun Taktikal 69 Komando.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan ucapan alu-aluan.

Image may contain: 1 person, standing, hat and outdoor
Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan), CP Dato’ Zainal Abidin Kassim menyampaikan ucapan perasmian penutupan Kursus Asas Taktikal Payung Terjun Siri 1/2019.

Image may contain: 5 people
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan), CP Dato’ Zainal Abidin Kassim.

Image may contain: 5 people, people smiling
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia sayap kehormat kepada Komander Pasukan Gerakan Udara PDRM, DCP Dato' Mohd Rafique Ramli Arifin.

Image may contain: 5 people, people sitting
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia sayap kehormat kepada Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, SAC Dato' Muhammed Hasbullah Ali.

Image may contain: 4 people, people smiling, outdoor
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Dato' Khaw Kok Chin.

Image may contain: 3 people, people smiling
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Mohd Shahar Ibrahim.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and phone
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Abdul Ghani Mohamad Ji.

Image may contain: 3 people, people smiling
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Khaled Che Lah.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), SAC Hamzah Haji Ahmad.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Komander Pasukan Polis Marin, SAC Mohd. Yusoff Mamat.

Image may contain: 3 people
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Urus Setia KPN, SAC Mohd Nasri Omar.

Image may contain: 5 people, people smiling
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada SAC (Perisikan/ Siasatan/ Khas) Pasukan Gerakan Khas Jabatan KDNKA, SAC Ooi Kee Heng.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, people standing and hat
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Timbalan Komander Pasukan Gerakan Udara (Operasi), ACP Noor Sham Md Jani.

Image may contain: 4 people, people smiling
Komander 69 Komando, SAC Abdul Razak Mohd Yusoff menyampaikan insignia Sayap Kehormat kepada Komander Pasukan Gerakan Udara Pengkalan Sabah, ACP Ahmad Lokman Abdul Hadi.

Image may contain: 4 people, people standing, sky, outdoor and nature
Image may contain: 1 person, standing, sky and outdoor
Image may contain: 3 people, outdoor
Image may contain: 7 people, people standing and outdoor
Image may contain: 3 people, outdoor
Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
Image may contain: 4 people, people standing
Image may contain: 5 people, people standing and outdoor
Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Image may contain: 3 people
Image may contain: 2 people, outdoor
Pemakaian insignia sayap penerjunan serta penyampaian sijil oleh Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan), CP Dato’ Zainal Abidin Kassim kepada para peserta Kursus Asas Taktikal Payung Terjun Siri 1/2019.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS