Berita

PERKEP JABATAN PENGURUSAN TAMPILKAN MUKA-MUKA BAHARU

Kuala Lumpur, 20 Mac 2019 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan hari ini telah melantik muka-muka baharu sempena Mesyuarat Agong PERKEP Jabatan Pengurusan Kali Ke-29 Sesi (2019/2020) yang berlangsung di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Perasmian mesyuarat pada hari ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan merangkap Penasihat PERKEP Jabatan Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Abd Rahim berharap pertemuan pada hari ini akan dijadikan satu medan terbaik dalam menyuntik idea-idea yang baharu serta merancang aktiviti bagi memantapkan hala tuju PERKEP Jabatan Pengurusan pada masa hadapan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Anikah Haji Othman bermula dengan agenda pembubaran dan pelantikan ahli jawatan kuasa (AJK) yang baharu di bawah pucuk pimpinan Jabatan Pengurusan serta membincangkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti kebajikan yang bakal diadakan pada tahun ini.

Turut hadir dalam mesyuarat adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Abdul Jalil Hassan bersama isteri, Naib Pengerusi PERKEP 1, Profesor Madya Datin Dr. Siti Alida John Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Dato’ Zainal Abu bersama isteri, Naib Pengerusi PERKEP 2, Datin Wan Hazizon Salleh, para pegawai kanan serta warga PERKEP Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

 0R9A0484
Barisan pucuk pimpinan PERKEP Jabatan Pengurusan bergambar kenangan bersama Pengarah Pengurusan merangkap Penasihat PERKEP Jabatan Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar dan isteri, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Anikah Haji Othman.

0R9A0707
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu PERKEP.

0R9A0569
Ucapan perasmian oleh Pengarah Pengurusan merangkap Penasihat PERKEP Jabatan Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

0R9A0548
Ucapan Datin Anikah Haji Othman selaku Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan.

0R9A0630
Penyampaian surat penghargaan dan cenderahati kepada barisan AJK PERKEP Pengurusan Sesi 2018/2019.

0R9A0679
Penyampaian surat penghargaan dan cenderahati kepada barisan AJK PERKEP Pengurusan Sesi 2018/2019.

0R9A0600
Gimik acara sebagai simbolik perasmian sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERKEP Jabatan Pengurusan Kali Ke-29 Sesi (2019/2020).

0R9A0721
Sesi bergambar kenangan.

0R9A0772
Sekitar mesyuarat berlangsung.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS