Berita

HARI POLIS KE-212: DEMIMU MALAYSIA, KAMI KORBANKAN SELURUH JIWA DAN RAGA

Kuala Lumpur, 25 Mac 2019 - Sejarah kepolisian negara bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika itu, jawatan seperti Bendahara dan Temenggung diwujudkan sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang-undang yang menjurus kepada undang-undang adat atau undang-undang syariah.

Hanya selepas termaktubnya ‘Charter of Justice’ ataupun Piagam Keadilan, institusi polis yang moden dan sistematik telah diperkenalkan di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 – sebagai titik permulaan kewujudan pasukan polis di negara ini.

Pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan itu telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain.

Hari ini, 25 Mac 2019, merupakan tarikh penuh bermakna buat kami, seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyambut ulang tahun ke-212 penubuhan pasukan yang amat disayangi ini.

Di usia sematang ini, pelbagai onak dan duri telah kami tempuhi seiring dengan perubahan senario politik, ekonomi dan sosial demi menjaga kedaulatan negara serta keselamatan masyarakat.

Malah, baik di desa mahupun di kota, kami sentiasa siap siaga merentasi udara, daratan dan lautan bagi memastikan negara yang tercinta ini sentiasa dipelihara kesejahteraannya.

Kepada wira-wira “Sang Saka Biru” yang telah tercedera atau terkorban ketika melaksanakan tugas serta tanggungjawab demi mempertahankan agama, bangsa dan negara, semoga diberi ganjaran dunia dan akhirat yang setimpal dengan kegigihan, ketabahan juga pengorbanan kalian semua.

Biarlah apa jua cabaran yang dihadapi, dari sekecil-kecil kes sehinggalah kepada ancaman keselamatan kepada negara, insya-Allah kami akan cuba melaksanakannya dengan paling baik.

Tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ yang masih kekal sebagai tema sambutan kerana ia begitu tepat dalam menggambarkan betapa rapatnya hubungan polis dengan masyarakat Malaysia yang amat kami sayangi.

Memetik kata rakan- rakan kami yang melaksanakan tugas rondaan, “Biarlah kita (polis) bersengkang mata membuat rondaan cegah jenayah, asalkan anda (masyarakat) dapat tidur dengan nyenyak di rumah.”

Juga ungkapan oleh seorang anggota polis trafik, “Biar kita basah lencun disimbahi air hujan, asalkan aliran trafik berjalan dengan lancar.”

Malah, ini kata-kata hikmat yang sentiasa kami pegang, “Jangan sesekali dibiarkan penjenayah mengancam orang awam, biar diri kita yang dahulu ke hadapan bagi mempertahankan dan melindungi masyarakat.”

Meskipun ada segelintir pihak yang tidak menghargai pasukan ini, tidak sedikit pun kami berkecil hati. Tetap terus kami taburkan jasa dan bakti buat ibu pertiwi ini. Untuk berundur, tidak sekali-kali.

Kepada anda, rakyat Malaysia yang sentiasa memberi kepercayaan serta sokongan kepada kami, terima kasih di atas segala penghargaan dan kerjasama yang padu kepada pihak polis. Semoga kita sentiasa hidup dalam negara yang aman damai dengan masyarakat dari pelbagai etnik serta budaya ini dengan harmoni.

Bersempena Istiadat Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 tahun yang disambut di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi, ia telah dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Datin Hajah Norainee Abdul Rahman.

Istiadat yang berlangsung seawal jam 7.30 pagi itu telah diserikan dengan pelbagai persembahan menarik yang telah dipertontonkan kepada tetamu yang hadir seperti lintas hormat detachment jabatan-jabatan dalam PDRM, aset-aset kenderaan termasuk dari Unit Berkuda PDRM, Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Tun Dr. Mahathir sebelum itu telah diberi tabik hormat dan diberi penghargaan membuat pemeriksaan kawalan kehormatan utama PDRM yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadly Zulkifli dengan dibantu oleh ASP Mohd Farid Padzillah dari Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).

Sejurus selesai acara di dataran kawad, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewakili Perdana Menteri bersama para tetamu kehormat, dibawa ke Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi melihat Pameran Hasil Inovasi PDRM yang menonjolkan kreativiti dan inovasi para pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Ia sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang telah berjaya menterjemahkan idea dalam membantu sesebuah penugasan kepolisan, sekaligus memberi impak kepada perkembangan dan kemajuan PDRM.

Seusai pameran tersebut, program diteruskankan dengan Majlis Anugerah Khas Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 Tahun 2019 di Dewan Pengaman PULAPOL Kuala Lumpur.

Sebanyak lima acara telah berlangsung iaitu Pelancaran Buku Garis Panduan Autisme PDRM, Penyampaian Anugerah Integriti PDRM dan Sijil Penghargaan Tolak Rasuah PDRM Tahun 2018. Diikuti Penyampaian Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM 2018 dan Penyerahan Sumbangan Kebajikan Kepada Pegawai Polis Yang Cedera dan Waris Pegawai Polis Yang Meninggal Dunia.

Seramai 12 penerima sumbangan termasuk balu dan wakil kepada anggota PDRM yang meninggal dunia sewaktu bertugas. Antaranya Koperal Norazean Zainol Abidin yang mewakili arwah suaminya, Allahyarham Detektif Koperal Abdul Rashid Ibrahim yang meninggal dunia akibat dilanggar kenderaan penjenayah ketika menjalankan tugas risikan jenayah narkotik di Sungai Petani, Kedah.

Turut menerima sumbangan, kakak ipar kepada Allahyarham Lans Koperal Wan Mohamad Ariff Wan Yahya yang terkorban kerana lemas di sungai sewaktu hendak menangkap penjenayah dalam kejadian di Paka, Terengganu, tahun lalu.

Yang turut hadir, Peguam Negara, Tommy Thomas, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Alwi Haji Ibrahim dan bekas-bekas Ketua Polis Negara.

Selamat menyambut Hari Polis ke-212, demimu Malaysia, kami korbankan seluruh jiwa dan raga kami untukmu.

Image may contain: 7 people
Antara penerima sumbangan kebajikan kepada pegawai polis yang cedera dan waris pegawai polis yang meninggal dunia dalam tugas.

Image may contain: 1 person, tree and outdoorPerdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun memeriksa baris.

Image may contain: 6 people, people smiling, people on stage, people standing and outdoor
Kawalan kehormatan mengambil tempat.

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing, crowd and outdoor
Sekitar Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 5 people, people on stage, crowd and outdoor
Panji utama diarak masuk ke Medan Perbarisan.

Image may contain: 1 person, standing and hat
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan.

Image may contain: 2 people, people standing
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan.

Image may contain: 1 person
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor
Sekitar nyanyian lagu Negaraku di PULAPOL Kuala Lumpur sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212.

Image may contain: 5 people, outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 6 people, people standing, sky and outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 5 people, people standing, crowd and outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 5 people, people on stage and outdoor
Sekitar perbarisan berjalan lalu dalam perlahan dan cepat masa sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: one or more people and outdoor
Lintas hormat aset-aset PDRM sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: sky and outdoor
Lintas hormat aset-aset PDRM sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: sky, car and outdoor
Lintas hormat aset-aset PDRM sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: outdoor
Antara aset-aset PDRM sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212.

Image may contain: 2 people, sky and outdoor
Lintas hormat aset-aset PDRM sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: 2 people, motorcycle and outdoor
Lintas hormat aset-aset PDRM sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Image may contain: motorcycle, sky and outdoor
Lintas hormat aset-aset PDRM sempena Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-212 di PULAPOL Kuala Lumpur.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS