Berita

HARI POLIS KE-212: YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS SANTAPAN DIRAJA

Serdang, 29 Mac 2019 - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-212 Tahun 2019, di Hotel Palace of The Golden Horses, dekat sini, sebentar tadi.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Hadir sama adalah Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun.

Keberangkatan tiba baginda berdua di hotel tersebut pada kira-kira jam 8.30 malam, disambut hampir 600 para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tetamu jemputan.

Baginda berdua berkenan melungkan masa hampir tiga jam di dalam majlis tersebut sebelum bersama-sama warga PDRM lain ke acara memotong pulut kuning sebagai simbolik meraikan sambutan peringatan Hari Polis ke-212, tahun ini.

Dalam majlis tersebut juga, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menlancarkan Buku ‘Mes PDRM Pada Era 100 Tahun’ sebagai mengimbau kembali fasa-fasa evolusi yang telah dilalui Mes PDRM, mencakupi sejarah penubuhan serta fungsinya sepanjang tempoh satu abad.

Yang turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Santapan Diraja, CP Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, barisan Pengarah PDRM dan jemputan-jemputan khas.

Hari Polis disambut di seluruh kontinjen dan formasi dalam negara pada 25 Mac setiap tahun.

Image may contain: 18 people, people smiling, people standing and indoor
Bergambar kenangan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Image may contain: 3 people, indoor
Acara memotong pulut kuning sempena peringatan Hari Polis ke-212.

Image may contain: 3 people, people standing
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan merasmikan pelancaran buku Mes PDRM pada era 100 tahun.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis.

Image may contain: 1 person, car
Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis.

Image may contain: 34 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS