Berita

SALAH PUKUL REMAJA SEHINGGA CEDERA? TUNGGU POLIS CARI UNTUK BANTU SIASATAN

Polis sedang mencari lelaki yang memukul remaja lelaki sehingga cedera di sebuah masjid di pekan Tanjong Karang, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti suspek namun belum membuat sebarang tangkapan.

“Sehingga kini, kita masih mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian berkenaan.

“Kita yakin akan dapat menahan lelaki itu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan seseorang menggunakan senjata.

Berita selanjutnya menerusi Portal Harian Metro di bawah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS