Kuala Lumpur, 5 April 2019 - Menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas keberangkatan mencemar duli menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Bukit Aman, hari ini. Keberangkatan tiba baginda Tuanku telah disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Hamid Bador serta barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM). Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin dan para jemaah kemudiannya mendengar khutbah Jumaat bertajuk "Selamatkan Al-Aqsa" yang disampaikan oleh Penolong Pengarah (Agama) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, ACP Haji Ghazali Haji Daud. Sejurus solat Jumaat, baginda Tuanku telah berkenan mengurniakan sumbangan wang kepada Masjid Bukit Aman yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Fuzi. Turut menerima sumbangan ialah 200 pelajar Sekolah Agama Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi Al-Husna dan kanak-kanak yang hadir bersama dalam menunaikan solat berjemaah pada hari ini. Solat Jumaat bersama Yang di-Pertuan Agong hari ini disertai kira-kira 2,000 jemaah termasuk pegawai kanan serta anggota PDRM Bukit Aman. Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menunaikan solat sunat sebelum khutbah jumaat di Masjid Bukit Aman. Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan sumbangan wang kepada Masjid Bukit Aman yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Fuzi. Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mengurniakan sumbangan kepada pelajar Sekolah Agama Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi Al-Husna dan kanak-kanak yang hadir di Masjid Bukit Aman. Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menunaikan solat sunat sebelum khutbah jumaat di Masjid Bukit Aman. Sekitar solat fardhu Jumaat bersama Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Masjid Bukit Aman.
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016