Berita

BAHAGIAN E8, CAWANGAN KHAS TERIMA ANUGERAH ‘STAR STERLING SERVICE AWARD 2019’

Kuala Lumpur, 8 April 2019 – Buat julung kalinya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman dianugerahkan ‘Star Sterling Service Award 2019’ oleh Star Media Group Berhad dengan kerjasama Star Foundation dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman, dekat sini.

Penganugerahan tersebut bertujuan untuk mengiktiraf peranan sektor awam khasnya Bahagian E8, Cawangan Khas yang telah memberikan komitmen tinggi terhadap usaha berterusan mengekang dan membanteras ancaman aktiviti keganasan di Malaysia.

Anugerah berprestij yang disampaikan oleh Pengerusi Star Media Group Berhad, Dato’ Fu Ah Kiow kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas, DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay itu disaksikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama lebih 100 jemputan yang hadir.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato’ Seri Abdul Hamid telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Star Media Group Berhad dan Star Foundation kerana mengiktiraf peranan serta sumbangan yang telah dimainkan oleh PDRM khasnya Bahagian E8, Cawangan Khas dalam mengekalkan keselamatan negara.

“Dengan pengiktirafan ini, sememangnya akan meningkatkan lagi komitmen PDRM dalam memastikan keselamatan awam dan kesejahteraan negara sentiasa terjaga,” katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Zamri Yahya, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang, Pengarah Editor Sin Chew Daily, Datuk Pook Ah Lek, para pegawai kanan, pegawai rendah polis serta rakan media.

0R9A7724
Pengerusi Star Media Group Berhad, Dato’ Fu Ah Kiow menyampaikan anugerah 'Star Sterling Services 2019' kepada Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas, DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.

IMG_5603 - Copy
Bergambar kenangan bersama Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador sempena Majlis Penganugerahan ‘Star Sterling Service Award 2019'.

IMG_5610
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengerusi Star Media Group Berhad, Dato’ Fu Ah Kiow.

0R9A7681
Ucapan oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

0R9A7695
Ucapan oleh Pengerusi Star Media Group Berhad, Dato’ Fu Ah Kiow.

0R9A7740
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Star Media Group Berhad, Dato’ Fu Ah Kiow.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS