Berita

SEMINAR KESEDARAN AUTISME: PDRM SAMBUT BAIK USAHA MELESTARIKAN HAK DAN HIDUP PESAKIT

Petaling Jaya, 10 April 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik usaha Syarikat Gamuda Berhad dan University of Sheffield, United Kingdom dalam memberi kesedaran dan berkongsi pandangan dengan masyarakat tentang tatacara mengurus individu autisme ke arah melestarikan kehidupan golongan berkenaan.

Seminar dua jam yang bertemakan ‘A Social To Support Employees With Autism’ itu diharap dapat mendidik dan meningkatkan sensitiviti masyarakat termasuk di kalangan anggota penguatkuasa undang-undang negara bagi membantu serta menyokong keperluan golongan ini, juga ahli keluarga mereka.

Menurut Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), DCP Dato’ Lee Bee Phang, penganjuran seminar itu juga sebagai satu platform untuk menyediakan prasarana khasnya peluang pekerjaan yang kondusif kepada golongan autisme di negara ini.

Antara penceramah antarabangsa dari University of Sheffield yang ditampilkan dalam seminar kali ini ialah Pengarah Pendidikan, Profesor Dan Goodley, Pengerusi Pendidikan, Profesor Katherine Runswick-Cole dan Penyelidik dan Perunding Sokongan Pekerjaan, Keith Bates.

Turut diadakan tadi adalah sesi soal jawab di antara para peserta seminar dengan barisan penceramah.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda, Dato’ Lin Yun Ling, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Munusamy Rengasamy, ACP Seksyen Pengurusan Kualiti Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), ACP Azman Abd Razak dan tetamu jemputan.

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor
Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang terlibat.

Image may contain: 2 people, people smiling
Seminar yang bertemakan ‘A Social To Support Employees With Autism’ disampaikan oleh Pengarah Pendidikan, Profesor Dan Goodley bersama Pengerusi Pendidikan, Profesor Katherine.

Image may contain: 1 person, standing
Seminar yang bertemakan ‘A Social To Support Employees With Autism’ disampaikan oleh Penyelidik dan Perunding Sokongan Pekerjaan, Keith Bates.

Image may contain: 4 people, people sitting
Sesi soal jawab.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS