Berita

PERJUMPAAN PUAN M.INDIRA GHANDI DENGAN KETUA POLIS NEGARA

PERJUMPAAN PUAN M.INDIRA GHANDI DENGAN KETUA POLIS NEGARA BAGI MEMBINCANGKAN USAHA MENJEJAKI ANAKNYA, P. PRASANA DIKSA

PADA 19 APRIL 2019, KETUA POLIS NEGARA (KPN) TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN PUAN M. INDIRA GHANDI, BERSAMA DENGAN DATO’ R.S. MOHAN SHAN, PENASIHAT INDIRA GHANDI ACTION TEAM (INGAT) MERANGKAP PRESIDEN HINDU SANGAM MALAYSIA, EN. ARU DORASAMY, PENGERUSI INGAT DAN EN. THIRU KUMAR VADIVELOO, PENASIHAT UNDANG-UNDANG, DI IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA, BUKIT AMAN.

DI DALAM PERTEMUAN TERSEBUT,  PUAN M. INDIRA GHANDI DAN ROMBONGAN TELAH DITAKLIMAT MENGENAI STATUS SIASATAN DAN JUGA TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) SELAMA INI DALAM USAHA MENJEJAKI BEKAS SUAMINYA, PATHMANATHAN A/L KRISHNAN @ MUHAMMAD RIDUAN BIN ABDULLAH, BAGI TUJUAN MENDAPATKAN KEMBALI ANAK PEREMPUANNYA, P. PRASANA DIKSA. DALAM MASA YANG SAMA, EN. ARUN TELAH BERKONGSI MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI OLEH PIHAK INGAT YANG DITERIMA DARIPADA ORANG RAMAI.

KPN MEMBERIKAN KOMITMEN UNTUK TERUS BERUSAHA MENJEJAKI PATHMANATHAN A/L KRISHNAN @ MUHAMMAD RIDUAN BIN ABDULLAH DAN MENGESAN P. PRASANA DIKSA AGAR DAPAT DIKEMBALIKAN KE PANGKUAN PUAN M. INDIRA GHANDI. PIHAK INGAT MENZAHIRKAN PENGHARGAAN ATAS KESEDIAAN PDRM MEWUJUDKAN SATU PASUKAN KHAS UNTUK MENGENDALIKAN KES SECARA KHUSUS DAN BERSEDIA UNTUK BEKERJASAMA DENGAN PDRM.

DALAM MASA YANG SAMA, PDRM MEMOHON KERJASAMA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI PATHMANATHAN A/L KRISHNAN @ MUHAMMAD RIDUAN BIN ABDULLAH, UNTUK TAMPIL MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PIHAK POLIS.

Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor
Sekitar sesi perbincangan.

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun berjabat tangan dengan Penasihat Indra Ghandi Action Team (INGAT), Dato' R.S Mohan Shan.

Image may contain: 2 people, people sitting
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun dan Penasihat Indra Ghandi Action Team (INGAT), Dato' R.S Mohan Shan dalam sesi perbincangan petang tadi.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting and table
Sekitar sesi perbincangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS