Berita

WARGA JABATAN PENGURUSAN SAMBUT MESRA LAWATAN KERJA KPN


Kuala Lumpur, 23 April 2019 – Warga Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menyambut ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengadakan lawatan kerja ke jabatan tersebut di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Pengarahnya, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar berkata, Jabatan Pengurusan sentiasa membangunkan modal insan yang dinamik dan kompeten dalam memberikan perkhidmatan yang profesional serta berkualiti kepada masyarakat.

Tambah beliau lagi, dengan kunjungan pucuk pimpinan tertinggi PDRM itu diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi buat semua warga kerja jabatan terutamanya kepada pegawai-pegawai muda yang bakal menjadi peneraju tampuk kepimpinan PDRM.

Terdahulu, Tan Sri Mohamad Fuzi mendengar taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh Dato' Abd Rahim mengenai penugasan dan perancangan Jabatan Pengurusan bagi memantapkan lagi perkhidmatannya ke arah pendekatan komprehensif, berkualiti serta sistematik.

Kemuncak majlis, Tan Sri Mohamad Fuzi menyampaikan sijil penghargaan kepada 17 warga Jabatan Pengurusan bagi menghargai segala usaha mereka dalam memastikan PDRM berkembang maju seiring dengan cabaran pada masa kini.

Yang turut hadir, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), CP Dato’ Ramli Haji Din, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), DCP Dato’ Abd Jalil Hassan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), DCP Dato’ Zainal Abu, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, para pegawai kanan, pegawai rendah polis dan pegawai awam.

Image may contain: 4 people, people smiling
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menandatangani buku lawatan.

Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting and indoor
Sekitar Lawatan Kerja Ketua Polis Negara ke Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 12 people, people sitting
Sekitar Lawatan Kerja Ketua Polis Negara ke Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 3 people, people sitting
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan sijil penghargaan kepada 17 warga Jabatan Pengurusan bagi menghargai segala usaha mereka dalam memastikan PDRM berkembang maju seiring dengan cabaran pada masa kini.

Image may contain: 3 people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan sijil penghargaan kepada 17 warga Jabatan Pengurusan bagi menghargai segala usaha mereka dalam memastikan PDRM berkembang maju seiring dengan cabaran pada masa kini.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS