Berita

96 MAHASISWA UPM PELAJARI KAEDAH DAN STRATEGI PENGURUSAN MEDIA DALAM PDRM

Kuala Lumpur, 24 April 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) (USKPNKK) telah menerima kehadiran 96 mahasiswa Sarjana dan Sarjana Muda Komunikasi dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, hari ini.

Diketuai oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi UPM, Dr. Mohd Nizam Osman, para mahasiswa disambut mesra oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mempelajari kaedah dan strategi yang diguna pakai oleh PDRM semasa menangani krisis dan pengurusan media dalam sesuatu situasi genting.

Dalam sesi taklimat yang diadakan, SAC Dato’ Asmawati telah berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau menguruskan media, dengan menerangkan strategi yang efektif ketika menangani sesuatu krisis selain tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi genting yang tidak dijangka oleh sesebuah organisasi. 

Selain itu, turut dipersembahkan satu simulasi sidang media khas secara langsung oleh pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah USKPNKK serta tayangan video yang dipertontonkan di hadapan para hadirin.

Selain berkongsi dan bertukar pandangan serta pendapat, lawatan tersebut juga merupakan platform terbaik bagi mengeratkan hubungan dua hala dan persahabatan antara PDRM dan UPM.

Turut hadir dalam lawatan tadi ialah Superitendan Komunikasi Korporat, Superintendan Skandaguru Anandan, para pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah USKPNKK

Image may contain: 2 people, people standing
Bergambar kenangan bersama Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad.

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting
Sekitar Taklimat Kaedah Dan Strategi Pengurusan Media Dalam PDRM yang disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad.

Image may contain: 1 person
Taklimat kaedah dan strategi pengurusan media dalam PDRM yang disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad.

Image may contain: 1 person, standing
Sekitar persembahan simulasi sidang media khas di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Image may contain: 2 people, people smiling
Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi UPM, Dr Mohd Nizam Osman menyampaikan cenderahati kepada Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Dato' Asmawati Ahmad.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS