Berita

HARI POLIS KE-212: PDRM SANTUNI PESAKIT HOSPITAL SELAYANG

Gombak, 26 April 2019 – Bersempena sambutan Hari Polis ke-212 baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Pengurusan telah menganjurkan Program Lawatan Hospital yang bertempat di Hospital Selayang, hari ini.

Program melibatkan usahasama dengan Hospital Selayang ini merupakan acara tahunan dalam kalendar PDRM bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak polis, kakitangan hospital serta para pesakit yang sedang menerima rawatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya berkata, kepentingan menziarahi orang sakit merupakan satu tuntutan yang amat digalakkan dalam Islam dan dengan kehadiran warga PDRM pada hari ini diharapkan dapat menyuntik semangat sekaligus menzahirkan keceriaan di wajah para pesakit serta ahli keluarga mereka.

Di kesempatan itu, Tan Sri Mohamad Fuzi turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh tenaga pakar, doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik mereka kepada masyarakat.

Terdahulu, Tan Sri Mohamad Fuzi yang diiringi Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama isteri Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki telah menyampaikan replika cek sumbangan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Hospital Selayang.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Noormi Othman, Timbalan Pengarah (Perubatan 1) Hospital Selayang, Dr. Tengku Intan Norleen Tengku Shariff, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bersama isteri Datin Anikah Othman, barisan pengarah dan pegawai kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP, warga kerja Hospital Selayang serta rakan media.

Image may contain: 17 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 9 people, people sitting and indoor
Bacaan doa buat pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Hospital Selayang.

Image may contain: 1 person, sitting
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun melawat pesakit di Hospital Selayang.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting
Pemangku Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki melawat pesakit di Hospital Selayang.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun melawat gerai pameran PDRM.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS