Berita

IPD BRICKFIELDS PASTIKAN KESEJAHTERAAN LEBIH SATU JUTA PENDUDUK IBU KOTA

IPD BRICKFIELDS PASTIKAN KESEJAHTERAAN LEBIH SATU JUTA PENDUDUK IBU KOTA

Kuala Lumpur, 29 April 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar sejarah baharu dengan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang memiliki infrastruktur serba lengkap bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan lebih 1.1 juta penduduk daerah tersebut sentiasa terpelihara.

Bangunan IPD setinggi sembilan tingkat itu mula dibina pada 12 Disember 2014 dan siap sepenuhnya pada 10 Jun 2017. Dengan kos pembinaan sebanyak RM40.6 juta, ia mula beroperasi pada 1 April 2018.

“Saya percaya seluruh warga IPD Brickfields dan tujuh buah balai di bawah pentadbirannya, akan terus komited dalam melipat gandakan usaha demi mewujudkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat setempat,” ujar Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun ketika merasmikan IPD tersebut dekat sini, pagi tadi.

Beliau berharap agar momentum kecemerlangan yang dipamerkan selama ini dapat dikekalkan di masa hadapan memandangkan Kuala Lumpur merupakan ‘lubuk rezeki’ bagi rakyat tempatan mahupun warga asing. Selain itu, ia juga menjadi antara lokasi pilihan para pelancong, sekali gus memberi cabaran hebat kepada PDRM.

Tan Sri Mohamad Fuzi turut menyeru seluruh anggota masyarakat agar menjadi rakan kolaborasi PDRM dengan menyalurkan maklumat yang boleh membantu pihak polis dalam meningkatkan keberhasilan terhadap usaha pembanterasan jenayah.

Ketua Polis Negara yang turut diiringi oleh Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim telah meluangkan masa hampir 30 minit untuk melawat sekitar kuarters dan bangunan IPD Brickfields.

Majlis perasmian tadi juga dihiasi dengan persembahan T-Baton, Sketsa Scammer, Unit Berkuda PDRM dan pameran pencegahan jenayah.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Pengarah PDRM dan isteri, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ruslan Khalid, para pegawai kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP, dif-dif jemputan serta rakan-rakan media.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di hadapan pintu utama IPD Brickfields.

Image may contain: 1 person, text
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan ucapan perasmian IPD Brickfields.

Image may contain: 14 people, people standing
Image may contain: 13 people, people standing

Image may contain: 12 people, people standing and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun memeriksa baris Kawalan Kehormatan sempena Majlis Perasmian IPD Brickfields.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Image may contain: 2 people
Gimik pelancaran perasmian IPD Brickfields.

Image may contain: 5 people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menandatangani Plak Perasmian IPD Brickfields.

Image may contain: 11 people, people smiling, indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun melakukan lawatan ke kuarters IPD Brickfields.

Image may contain: one or more people, people on stage, people standing, people playing musical instruments and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyempurnakan upacara penanaman pokok sempena Majlis Perasmian IPD Brickfields.

Image may contain: 1 person, standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun melawat sekitar IPD Brickfields.

Image may contain: 7 people, indoor
Image may contain: 8 people, people standing and indoor
Image may contain: 7 people, indoor
Image may contain: 4 people
Bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara sempena Majlis Perasmian IPD Brickfields.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS