Berita

MAJLIS ‘DINING IN’, RAI PENGARAH PENGURUSAN PDRM YANG BAHARU

MAJLIS ‘DINING IN’, RAI PENGARAH PENGURUSAN PDRM YANG BAHARU

Serdang, 2 Mei 2019 - Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi meraikan pengarah baharunya, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar bersama isteri, Datin Anikah Othman dalam Majlis ‘Dining In’ bertempat di Hotel Palace of The Golden Horses, dekat sini.

Dato’ Abd Rahim merupakan Pengarah Pengurusan PDRM ke-25 menggantikan CP Dato’ Sri Asri Yusoff yang bersara wajib pada 26 November tahun lalu.

Beliau dalam ucapannya berazam untuk meneruskan dan menambah baik dasar-dasar sedia ada serta yang telah dirancang demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan yang menjadi tulang belakang kepada pasukan.

“Dengan kepercayaan dan amanah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan PDRM, Insya-Allah saya akan meneruskan dasar sedia ada dan akan membuat penambahbaikan di mana perlu, untuk melancarkan lagi pentadbiran Jabatan Pengurusan.

“Saya juga amat yakin dengan kebolehan, integriti dan pengetahuan yang ada dalam kalangan para pegawai Jabatan Pengurusan dapat membantu saya memartabatkan lagi jabatan ini sebagai salah satu jabatan terpenting dalam PDRM,” ujar beliau.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, DCP Dato’ Nerita Yaacob dan barisan Timbalan Pengarah serta Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan.

Menyingkap kembali sejarahnya dalam pasukan, anak jati Pekan, Pahang tersebut memasuki PDRM pada 2 Januari 1986 sebagai Kadet ASP. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan serta Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nama beliau juga tidak asing dalam bidang pengurusan, apabila pernah berkhidmat sebagai ASP Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada tahun 1986, Komandan Pusat Latihan Polis Zon Selatan (PLPZS) pada tahun 1995, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dan Selangor pada tahun 2010 serta 2013 dan Ketua Polis Kedah pada tahun 2018.

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan di Majlis 'Dining In' Pengarah Pengurusan PDRM.

Image may contain: 1 person
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, DCP Dato’ Nerita Yaacob menyampaikan ucapan alu-aluan.

Image may contain: 1 person
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar menyampaikan ucaptama.

Image may contain: 7 people, table, wedding and indoor
Image may contain: 3 people, people smiling
Image may contain: 3 people, people smiling, suit and indoor
Image may contain: 9 people, people sitting, wedding, table and indoor
Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Image may contain: 6 people, people sitting, table, wedding and indoor
Image may contain: 4 people, indoor
Image may contain: 8 people, people smiling, people sitting, table, wedding and indoor
Sekitar Majlis 'Dining In' Pengarah Pengurusan PDRM.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar bersama isteri, Datin Anikah Othman turut mendedangkan lagu menghiburkan tetamu yang hadir ke Majlis 'Dining In' Pengarah Pengurusan PDRM.

Image may contain: 7 people, people smiling, people on stage, people standing and concert
Image may contain: 8 people, people smiling, indoor
Image may contain: 1 person, on stage, standing and indoor
Image may contain: 8 people, people smiling, people on stage, people standing and people dancing
Persembahan yang mewarnai Majlis 'Dining In' Pengarah Pengurusan PDRM.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Image may contain: 5 people, people smiling
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan di Majlis 'Dining In' Pengarah Pengurusan PDRM.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS