Berita

TIMBALAN KPN MENGADAP YANG DI-PERTUAN AGONG


Kuala Lumpur, 18 Mei 2019 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor membuat sembah mengadap ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara, Jalan Duta, dekat sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau di anjung utama istana pada pukul 11.15 pagi, disambut mesra oleh Juruiring Polis kepada Yang di-Pertuan Agong, SAC Yahaya Othman dan Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara, Superintendan Mohd Azani Omar.

Majlis mengadap yang berlangsung hampir satu jam tersebut adalah yang pertama di antara baginda Tuanku dengan Dato' Pahlawan Mazlan sejak dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 Mei, lalu.

Image may contain: 2 people, people sitting, suit and indoor
Sekitar sembah mengadap Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Image may contain: 1 person, sitting
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 5 people, people standing and indoor
Image may contain: 5 people, people standing and indoor

Image may contain: 5 people, people standing and indoor
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dengan diiringi Juruiring Polis kepada Yang di-Pertuan Agong, SAC Yahaya Othman dan Ketua Pegawai Keselamatan Istana Negara, Superintendan Mohd Azani Omar.

Image may contain: 6 people, people standing, suit and indoor
Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.