Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA HEAD OF REGIONAL DELEGATION, ICRC DAN FBI ASSISTANT DIRECTOR, USA

Kuala Lumpur, 21 Mei 2019 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Head of Regional Delegation, International Committee of The Red Cross (ICRC), Madam Biljana Milosevic di Bilik Perbincangan KPN, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Perjumpaan selama satu jam itu diadakan bertujuan untuk membincangkan hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ICRC.

Sejurus selesai perbincangan tersebut, Dato’ Seri Abdul Hamid turut menerima kunjungan hormat daripada Federal Bureau of Investigation (FBI) Assistant Director, International Operations Division, United States of America (USA), Mr. Charles Spencer.

FBI telah memberikan penghargaan kepada PDRM atas usaha yang diberikan dalam membantu siasatan melibatkan kes-kes jenayah pengubahan wang haram, keganasan rentas sempadan dan jenayah siber selain membincangkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, DCP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Ketua Perhubungan Antarabangsa, SAC Datuk Boon Keng, Timbalan Ketua Pasukan Siasatan Pengubahan Wang Haram, ACP Willey anak Richard.

0S5A8810Sekitar kunjungan hormat Head of Regional Delegation, International Committee of The Red Cross (ICRC), Madam Biljana Milosevic.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kenangan kepada Head of Regional Delegation, International Committee of The Red Cross (ICRC), Madam Biljana Milosevic.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoorBergambar Kenangan.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Sekitar kunjungan hormat Federal Bureau of Investigation (FBI) Assistant Director, International Operations Division, United States of America (USA), Mr. Charles Spencer.

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS