Kuala Lumpur, 23 Mei 2019 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia menyediakan 3,726 kotak kuih raya buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Majlis gotong-royong membungkus kuih raya yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tadi, diketuai oleh pengerusinya, Datin Sri Norazrin Marzuki bersama Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri.
Kesemua bungkusan tersebut akan diagih-agihkan kepada seluruh warga PDRM yang bertugas dalam musim lebaran ini dengan menggunakan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan lain-lain aset di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Turut hadir, Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan isteri, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Operasi), DCP Dato' Fisol Salleh dan isteri, Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, ACP Suryani Sungit dan warga PDRM Bukit Aman.

Sekitar aktiviti pembungkusan yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini.