Berita

178 WARGA PDRM BUKIT AMAN SERTAI KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADAN 2019

Kuala Lumpur, 24 Mei 2019 – Seramai 178 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran bagi Tahun 2019 yang berlangsung di Masjid Bukit Aman, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Zamri Yahya dengan diiringi Timbalan Pengarah JIPS (BAKA), DCP Dato’ Hashim Ali selaku Pengerusi Masjid Bukit Aman.

Program tahunan anjuran JIPS dan Masjid Bukit Aman tersebut merupakan sebahagian daripada program santapan rohani dan ilmiah yang disediakan oleh jabatan untuk warga pasukan setiap kali bulan Ramadan tiba.

Selain dapat bertalaqqi dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga PDRM, majlis tersebut juga merupakan acara kemuncak bagi program Tadarus Al-Quran yang telah berlangsung sejak 6 Mei lalu.

Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri, Pengerusi PERKEP JIPS, Datin Dr. Sazilah Tun Ahmad Sarji serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Image may contain: 3 people, people sitting
Sekitar Majlis Khatam Al-Quran PDRM peringkat Bukit Aman berlangsung.

Image may contain: 1 person
Bergambar kenangan.

Image may contain: one or more people
Bergambar kenangan.

Image may contain: 2 people, people sitting
Sekitar Majlis Khatam Al-Quran PDRM peringkat Bukit Aman berlangsung.

Image may contain: 2 people, people sitting and table
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Zamri Yahya dengan diiringi Timbalan Pengarah JIPS (BAKA), DCP Dato’ Hashim Ali dalam majlis khatam Al-Quran PDRM peringkat Bukit Aman.

Image may contain: 5 people, people sitting
Sekitar Majlis Khatam Al-Quran PDRM peringkat Bukit Aman berlangsung.

Image may contain: 5 people, people sitting
Sekitar Majlis Khatam Al-Quran PDRM peringkat Bukit Aman berlangsung.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS