Berita

OP SELAMAT 15/2019 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI DILANCARKAN

Kuala Lumpur, 24 Mei 2019 - Kempen Op Selamat 15 bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019 telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Tuan Haji Rosli Man selaku rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Menara Telekom Malaysia (TM), di sini, pagi tadi.

Op Selamat 15/2019 yang masih mengekalkan dua objektif utamanya, iaitu mencegah jenayah pecah rumah dan meminimumkan kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan akan dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula 29 Mei ini sehingga 12 Jun 2019 depan.

Dato’ Seri Abdul Hamid dalam ucapan perasmiannya menggesa semua elemen PDRM seperti kereta peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), rondaan bit, risikan dan operasi dapat diatur gerak secara sistematik bagi memastikan usaha membanteras kejadian pecah rumah di premis kediaman dapat dioptimumkan.

"Selain daripada mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu sebelum meninggalkan rumah, masyarakat disarankan untuk memaklumkan perancangan cuti kepada pihak polis melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang boleh diperolehi di balai-balai polis berhampiran atau dimuat turun melalui Portal Rasmi PDRM dan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)," ujar beliau lagi.

Turut hadir dalam majlis hari ini, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DCP Dato’ Azisman Alias, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Berhad, Encik Shazril Imri Mokhtar, Barisan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta wakil-wakil media.

"Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi"

Borang Maklumat Balik Kampung boleh dimuat turun seperti di pautan berikut:

Portal RMP - 
http://www.rmp.gov.my/filebase/document/40773_BORANG_MAKLUMAT_BALIK_KAMPUNG.pdf

Aplikasi VSP - 
Pengguna Apple IOS: 
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8&fbclid=IwAR07xfW0KRLnW2lNQvPfPafNN85HgF8LlGWYXmIMTyHuY5WyzA-rGp8gGlY

Pengguna Android: 
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&fbclid=IwAR0cjRrTtgFJsG6UbA6reIBdyCTi72lnRuTk55kiFKsQWfqiZiI0zE9hzZE

Image may contain: 1 person, motorcycle and outdoor
Sekitar sesi flag off Op Selamat 15 bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and suit
Sekitar gimik pelancaran Kempen Op Selamat 15 bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019 yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 35 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 1 person, tree, motorcycle, sky and outdoor
Sekitar sesi flag off Op Selamat 15 bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019.

Image may contain: 5 people, people sitting
Sidang media berlangsung.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS