Berita

PERKEP PENGURUSAN IMARAHKAN BULAN RAMADAN

PERKEP PENGURUSAN IMARAHKAN BULAN RAMADAN

Kuala Lumpur, 27 Mei 2019 – Menjelang 10 hari terakhir bulan Ramadan yang penuh mulia ini, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Biro Agama PERKEP Pengurusan telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Majlis tersebut telah diimarahkan lebih 70 peserta terdiri daripada ahli-ahli PERKEP jabatan dalam PDRM yang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran selama dua jam.

Majlis yang penuh berkat itu diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi PERKEP Pengurusan PDRM, Datin Anikah Haji Othman bersama Ketua Biro Agama PERKEP Pengurusan, Datin Norhayati Ghazali yang turut berpeluang untuk beramah mesra bersama para peserta.

  
Pengerusi PERKEP Pengurusan PDRM, Datin Anikah Haji Othman bergambar kenangan bersama para peserta.


Sesi penyampaian cenderamata.













Sekitar Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran berlangsung.






Sesi penyampaian cenderamata kepada para peserta.


Bergambar kenangan setelah selesai Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS