Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PRESIDEN PBPM


Kuala Lumpur, 28 Mei 2019 – Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Tuan Haji Hussin Awang Ngah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebentar tadi. 

Pertemuan yang berlangsung sekitar satu jam tersebut antara lain membincangkan mengenai kerjasama dan hala tuju antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan PBPM di masa akan datang. 

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Datuk Mazli Mazlan, Penolong Pengarah (Urusetia/Hal-ehwal Pesara) Jabatan Pengurusan, SAC Afandi Senin, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), ACP Che Zakaria Othman dan Setiausaha Agung PBPM, Encik Mokhtar Omar.



Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, suit and indoor
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Tuan Haji Hussin Awang Ngah menyampaikan sijil kepada Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 6 people, indoor

Sekitar Kunjungan Hormat Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Image may contain: 10 people, indoorBergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS