Berita

PDRM KIRIM 3,710 BUNGKUSAN KUIH RAYA BUAT WARGA PASUKAN DI PERBATASAN

PDRM KIRIM 3,710 BUNGKUSAN KUIH RAYA BUAT WARGA PASUKAN DI PERBATASAN

Kuala Lumpur, 28 Mei 2019 - Setiap kali menjelangnya bulan Syawal, pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melupakan pengorbanan para pegawai dan anggota polis yang terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta, demi menjalankan tugas yang diamanahkan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) telah menjalankan aktiviti pembungkusan kuih raya untuk diserahkan kepada wira-wira negara, sebagai menghargai jasa mereka menjaga keamanan negara, di saat takbir 1 Syawal bergema.

Penyerahan sebanyak 3,710 bungkusan kuih raya berkenaan kepada wakil dari setiap jabatan, formasi dan briged telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam satu majlis yang diadakan di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyatakan rasa bangga kepada warga PDRM yang akan bertugas pada Syawal ini kerana semangat keperwiraan mereka, mengatasi kepentingan peribadi, demi memastikan kesejahteraan masyarakat dan negara terus terpelihara.

“Semoga bingkisan ini dapat dijadikan pengubat rindu selain menyemarakkan lagi semangat juang para petugas dan tanda ingatan bahawa mereka ini tidak pernah dilupakan,” ujar beliau yang memaklumkan bungkusan tersebut akan diagihkan kepada petugas PDRM yang berada di perbatasan negara dan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Dengan setulus hati, saya mengangkat setinggi penghargaan kepada ahli keluarga yang terlibat kerana sanggup berkorban kasih dengan berjauhan dengan yang tersayang di hari lebaran demi menyahut seruan pertiwi,” ujarnya lagi.

Dato’ Seri Abdul Hamid turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa kerja yang diterajui Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan isteri, merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa kerana menjayakan aktiviti tahunan ini.

Turut hadir, Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki, Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bersama isteri, barisan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis negeri, Komander dan Komandan Pasukan serta rakan-rakan media.

Image may contain: 3 people
Image may contain: 1 person
Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan ucapan.

Image may contain: 3 people
ASP Hj Mohd Ridhuan Zaini Al Hafiz memimpin bacaan doa sempena Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM.

Image may contain: 10 people, people sitting
Image may contain: 18 people, people smiling
Image may contain: 22 people, people sitting and indoor
Sekitar bacaan doa.

Image may contain: 5 people, people standing and text
Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Seri Norazrin Marzuki menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Timbalan KPN, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani

Image may contain: 2 people, people standing
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Zamri Yahya.

Image may contain: 2 people, text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Rosli Ab Rahman.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abd Rahim Jaafar.

Image may contain: 2 people, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Huzir Mohamed.

Image may contain: 2 people, people smiling
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato' Azisman Alias.

Image may contain: 1 person, smiling, standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, DCP Datuk Saiful Azly Hj Kamaruddin.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, CP Dato' Rosly Abas mewakili Pemangku Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Ramli Hassan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Johor, CP Datuk Hj. Mohd Khalil Kader Mohd.

Image may contain: 2 people, people smiling
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim.

Image may contain: 2 people, people smiling, text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Azman Yusof.

Image may contain: 2 people, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Narenasegaran A/L Thangaveloo.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Perak, CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rashid.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Aidi Ismail.

Image may contain: 2 people, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Hasanuddin Hassan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Raja Shahrom Raja Abdullah.

Image may contain: 2 people, people standing
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Polis Perlis, SAC Noor Mushar Hj Mohd.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato' Mohamad Mat Yusop.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and text
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mat Kasim Karim.

Image may contain: 2 people, people smiling
Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Dato' Zaini Jass.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Pengacara Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM.





PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS