Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KPj SPRM DAN KP JKSM

Kuala Lumpur, 12 Jun 2019 – Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Puan Latheefa Koya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Perjumpaan yang berlangsung selama satu jam itu adalah untuk membincangkan hubungan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM.

Sejurus selesai, Dato’ Seri Abdul Hamid turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dato’ Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dengan PDRM dalam menangani isu-isu melibatkan kepentingan orang awam yang berurusan dengan Mahkamah Syariah khususnya dari aspek penguatkuasaan perintah dan Jenayah Syariah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Integriti), DCP Dato' Azri Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan.

Image may contain: 4 people, people sitting, table, living room and indoor
Sekitar kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Image may contain: 3 people, people smiling
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Puan Latheefa Koya menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kenangan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Puan Latheefa Koya.

Image may contain: 6 people, people standing and suit
Bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people, people sitting, living room and indoor
Sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, suit and indoor
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kenangan kepada Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dato’ Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS