Berita

PENGERUSI DAN PENGURUS PASUKAN PIALA SULTAN SELANGOR 2019 TEMUI KPN


Kuala Lumpur, 13 Jun 2019 – Pengerusi dan Pengurus Pasukan Bola Sepak Piala Sultan Selangor, Tan Sri Dato' Haji Abd Karim Munisar telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi. 

Pertemuan yang julung kali diadakan di antara pengerusi kelab bola sepak negeri dengan pucuk pimpinan pasukan itu antara lainnya bertujuan untuk membincangkan mengenai Kejohanan Piala Sultan Selangor yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor, 24 Ogos ini.

Pertemuan empat mata tersebut juga bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menjelang kejohanan berprestij tersebut.

Sejurus selesai, Tan Sri Abd Karim telah menyampaikan surat jemputan rasmi menyaksikan kejohanan bagi pihak penganjur kepada Dato’ Seri Abdul Hamid.

Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Nerita Yaacob dan Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Pengerusi dan Pengurus Pasukan Bola Sepak Piala Sultan Selangor, Tan Sri Dato' Haji Abd Karim Munisar menyampaikan surat jemputan rasmi menyaksikan kejohanan bagi pihak penganjur kepada Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pengerusi dan Pengurus Pasukan Bola Sepak Piala Sultan Selangor berlangsung.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, ruang tamu, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pengerusi dan Pengurus Pasukan Bola Sepak Piala Sultan Selangor berlangsung.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS