Berita

SAC DATO’ MOHD AZMAN DILANTIK SEBAGAI KETUA URUS SETIA KPN (PERUNDANGAN) BAHARU

Kuala Lumpur, 18 Jun 2019 – Bekas Ketua Penolong Pengarah (D5) (Pendakwaan/Undang-Undang), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri secara rasminya menggalas tugas sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Perundangan) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Banquet, Tingkat 31, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) antara Dato’ Mohd Azman dengan Superintendan Abd Rahman Atan yang memangku jawatan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Datuk Mazli Mazlan.

Datuk Mazli mengucapkan tahniah kepada Dato' Mohd Azman atas pelantikannya ke jawatan baharu dan beliau turut berharap agar kecemerlangan Bahagian Perundangan dapat diteruskan dari semasa ke semasa, di bawah kepimpinan yang baharu.

Turut hadir, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Perhubungan Antarabangsa, SAC Datuk Goh Boon Keng, Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu, SAC Mohd Nasri Omar serta Pegawai-pegawai Kanan Polis.

0S4A6234
Superintendan Abd Rahman Atan menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada SAC Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri.

0S4A6223
Sekitar majlis menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Perundangan).

0S4A6225
Superintendan Abd Rahman Atan menandatangani dokumen serah terima tugas.

0S4A6229
SAC Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri menandatangani dokumen serah terima tugas.


0S4A6257SAC Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri menyampaikan ucapan. 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS