Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN

Kuala Lumpur, 20 Jun 2019 – Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Tuan Liew Chin Tong telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi. 

Pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu membincangkan isu-isu keselamatan pertahanan siber dan sempadan serta aktiviti pengganas. Selain itu, ia juga menjadi satu platform bagi mengeratkan hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Mohd Zakaria Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Pertahanan (MINDEF), Encik Ahmad Nadzri Mohd Hasan dan Penasihat Ketenteraman Timbalan Menteri Pertahanan, Kolonel Abdul Rahman Ab Wahab.

Image may contain: 2 people, people smiling
Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Tuan Liew Chin Tong menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 9 people, people sitting and indoor
Sekitar kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertahanan.

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing, suit and wedding
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS