Berita

KOPERASI PDRM DUDUKI TANGGA KE-7 DALAM 100 KOPERASI TERBAIK NEGARA


Kuala Lumpur, 26 Jun 2019 – Segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh anggota lembaga, pihak pengurusan serta seluruh warga Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad dalam meningkatkan keuntungan pelaburan, membuahkan hasil apabila ia berjaya menduduki tangga ketujuh dalam Profil 100 Koperasi Terbaik di Malaysia bagi tahun 2018.

Penglibatan KPDRM Berhad dalam pelbagai sektor seperti perniagaan, hartanah dan pendidikan melalui anak-anak syarikatnya telah membuktikan ia antara entiti koperasi yang gah di negara ini.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador merangkap Yang Dipertua KPDRM Berhad yang hadir dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-84 di Hotel Kuala Lumpur International, pagi tadi, berkata, pencapaian tersebut adalah sesuatu yang harus dibanggakan oleh semua ahli koperasi.

Tambah beliau, KPDRM Berhad kini semakin matang dan berada di landasan positif untuk memacu ekonomi ahli-ahlinya.

“Dengan kepakaran dan khidmat sebilangan bekas warga PDRM yang berpengalaman, kewujudan anak syarikat seperti KOP Mantap Berhad, KOP Security Agency Sdn Bhd, KOP Educator & Consultant Sdn. Bhd., KOP Travel & Tours dan KOP Construction Sdn. Bhd. telah mewujudkan banyak peluang perniagaan, industri keselamatan dan pendidikan seperti UNIKOP sebagai tambah nilai dalam menyasarkan keuntungan kepada ahli-ahlinya,” jelas beliau lagi.

KPDRM Berhad turut menduduki tangga kelima Profil Terbaik Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan dan memperoleh Anugerah Juara Bisnes Takaful Berkelompok Kategori Koperasi daripada Etiqa Takaful Malaysia Berhad.

Mesyuarat agung yang bersidang selama tiga hari sejak 24 Jun lalu telah melabuhkan tirainya pada hari ini dengan menyaksikan pemilihan ahli lembaga koperasi baharu bagi penggal 2019/2020, menggantikan mereka yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Yang Dipertua KPDRM Berhad, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengerusi KPDRM Berhad, Dato’ Seri Ayub Yaakob, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap Bendahari KPDRM Berhad, DCP Dato’ Nerita Yaacob dan wakil-wakil media.

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing
Datuk Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Sesi penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Image may contain: 8 people, people smiling
Sesi menandatangani memorandum persefahaman di antara Angkasa Go Sdn. Bhd. dan Go Automobile Manufacturing Sdn. Bhd dan Koperasi PDRM Berhad.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing
Sesi penyerahan cek dividen KOP Mantap Berhad kepada KPDRM.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and indoor
Simbolik perasmian memulakan mesyuarat oleh Ketua Polis Negara.

Image may contain: 4 people, indoor
Sesi pemilihan Ahli Lembaga KPDRM Berhad.

Image may contain: 11 people, people on stage
Sekitar Mesyuarat Agung KPDRM Berhad Ke-84 berlangsung.

Image may contain: 16 people, crowd
Sekitar Mesyuarat Agung KPDRM Berhad Ke-84 berlangsung.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS