Berita

SINERGI PDRM-VTREC KURANGKAN KADAR JENAYAH CURI KENDERAAN

Kuala Lumpur, 26 Jun 2019 – Sebagai iltizam ke arah memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengurangkan kadar jenayah curi kenderaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah berkolaborasi dengan Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) sejak tahun 2013.

Simbolik sinergi kedua-dua entiti itu telah disempurnakan oleh Pengarah JSJ, CP Dato’ Huzir Mohamed dan disaksikan oleh Penasihat Kanan VTREC, Tuan Mohd Yusof Idris dalam Majlis ‘Soft Launch’ Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2019 di Dewan Theatherette, Bukit Aman, pagi tadi.

Menurut Dato' Huzir, kolaborasi yang ditampilkan oleh VTREC telah membantu PDRM mengenalpasti kelemahan-kelemahan serta meningkatkan jaringan kerjasama yang strategik dalam usaha mencegah dan mendidik orang ramai membasmi jenayah curi kenderaan daripada berlaku.

“Kecanggihan arus kemodenan serta peralatan teknologi masa kini telah merubah taktik dan modus operandi jenayah kecurian kenderaan.

"Sehubungan itu, PDRM menerusi JSJ sangat optimis dan sentiasa memainkan peranan penting dalam menangani segala bentuk cabaran setanding dengan dunia era globalisasi ini,” ujarnya dalam ucapan perasmian tadi.

Majlis pada hari ini merupakan pelancaran bagi kempen kesedaran orang awam menerusi media sosial terutamanya melalui aplikasi Instagram dan Facebook. Sebagai menyokong kempen tersebut, netizen perlu berswafoto bersama pelekat kempen yang akan diedarkan kepada orang ramai dan dimuat naik dalam Instagram bersama hashtag #VTRECStickerSelfie dan #saynotovehicletheft.

Pemenang akan diumumkan melalui Instagram VTREC, @vtrecofficial dan Facebook VTREC, https://www.facebook.com/vtrecofficial/ pada 22 Ogos 2019 dan berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai sehingga RM700.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Salehhudin Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Roze Shaari, Timbalan Pengarah (Perancangan/Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Sun Teoh Tia, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK, DCP Dato' Dev Kumar M.M Sree, pegawai-pegawai kanan serta rakan media.

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang berdiri
Demonstrasi logo “Say No to Vehicle Theft” dan 'call out' " Saya Berikrar".

Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed.

Imej mungkin mengandungi: 13 orang
Nyanyian lagu Negaraku.

Imej mungkin mengandungi: 14 orang, orang senyum, orang ramai
Bergambar kenangan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan sut
Penasihat Kanan Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC), Tuan Mohd Yusof Idris memberi ucapan.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS