Berita

MESYUARAT AGUNG KKS PDRM 2019 BERJALAN LANCAR

MESYUARAT AGUNG KKS PDRM 2019 BERJALAN LANCAR

Kuala Lumpur, 2 Julai 2019 - Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2019 yang berlangsung hari ini, berjalan lancar di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur, di sini.

Seramai 500 ahli kelab telah hadir dalam mesyuarat itu yang dilihat sebagai wadah terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kerja secara berpasukan di kalangan warga PDRM melalui aktiviti sosial serta sukan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, beliau yakin kepimpinan baharu KKS sesi 2019/2021 yang baharu dilantik mampu memberi khidmat dengan penuh komited dan ikhlas demi memelihara kebajikan para ahli, sekali gus memberi kebaikan kepada pasukan seluruhnya.

Beliau yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador dalam majlis tersebut turut menyampaikan 'matching grant' berjumlah RM505,828 yang akan diagih-agihkan ke dalam Tabung KKS kontinjen, formasi dan briged PDRM.

Terdahulu, dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi KKS PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar telah berlangsungnya sesi pemilihan AJK baharu bagi sesi 2019/2021 dengan beberapa penampilan muka baharu.

Antaranya, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Dato' Rozee Shaari dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Dato' Shamsudin Mat yang masing-masing dilantik sebagai Naib Pengerusi 1 dan 2 KKS PDRM sesi baharu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato’ Azisman Alias, barisan Ketua Polis Negeri, wakil-wakil Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf serta Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) PDRM, merangkap Setiausaha KKS, ACP Hajah Nor Ashikin Abdul Razak.

Image may contain: 3 people, people smiling, indoor
Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi KKS PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menandatangani Buku Melawat.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani Buku Melawat.

Image may contain: 1 person, on stage, playing a musical instrument and text
Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi KKS PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar menyampaikan ucapan alu-aluan.

Image may contain: 1 person, on stage and text
Ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 3 people
Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) PDRM, merangkap Setiausaha KKS, ACP Hajah Nor Ashikin Abdul Razak memberi penerangan berkenaan pembubaran dan perlantikan AJK KKS PDRM.

Image may contain: 1 person, sitting and table
Timbalan Pengarah II Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) PDRM merangkap Bendahari KKS menyampaikan laporan.


Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting
Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi KKS PDRM, CP Dato' Abd Rahim Jaafar mempengerusikan Mesyuarat Agung KKS PDRM Tahun 2019.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Image may contain: 3 people, people sitting and table
Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting and table
Image may contain: 3 people, people sitting and table
Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 5 people, people sitting
Image may contain: 2 people
Image may contain: 4 people, people sitting
Sekitar Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2019 berlangsung.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
Image may contain: 11 people
Image may contain: 10 people, people sitting
Image may contain: 9 people, people sitting
Sekitar Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Sukan (KKS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2019.

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and indoor
Sesi bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS