Berita

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH URUSAN PDB KE ATAS KPN

Kuala Lumpur, 2 Julai 2019 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad (PDB), Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk berkongsi dan bertukar-tukar pendapat berkaitan PDB dan PDRM selain menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di atas perlantikannya sebagai KPN yang ke-12.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Datuk Zainal Abidin Kasim, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman dan Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, SAC Dato' Hishamuddin Tahar.
Image may contain: 13 people, people smiling, people standing and indoor
Bergambar kenangan. Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad (PDB) ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. 
Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar kunjungan hormat Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad (PDB) ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS