Berita

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA WARGA PDRM

Kuala Lumpur, 7 Julai 2019 – Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) disambut secara sederhana tetapi meriah di Dewan Pengaman Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi. 

Ketibaan Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khalid Abd. Samad bersama isteri, Profesor Dr Zaitun Abu Bakar disambut mesra oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan isteri Datin Seri Norazrin Marzuki yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia.
    
KPN dalam ucapannya menyatakan bahawa kunci bagi kehidupan yang aman lagi sejahtera di dalam sebuah negara majmuk adalah perpaduan. 

“Jadikanlah sambutan perayaan seperti ini sebagai asas untuk mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini yang berbilang agama, bangsa dan kaum”, ujarnya lagi. 

Beliau berharap majlis tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara Kementerian Wilayah Persekutuan dengan PDRM.

Turut hadir memeriahkan sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri ialah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin bersama isteri Puan Seri Datin Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Pahlawan Mazlan Mansor bersama isteri Datin Farihah Mohd Zamri, barisan Pengarah PDRM dan pegawai kanan PDRM.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, makanan
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khalid Abd. Samad, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Pahlawan Mazlan Mansor melawat gerai-gerai makanan jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri dan luaran
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khalid Abd. Samad, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Pahlawan Mazlan Mansor melawat gerai-gerai makanan jamuan Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Imej mungkin mengandungi: 21 orang, orang senyum, orang berdiri dan orang duduk
Bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri dan orang duduk
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri
Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khalid Abd. Samad menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir di Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Sekitar Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS