Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EMPAT TETAMU LUAR DI BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 8 Julai 2019 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima empat kunjungan hormat yang berlangsung di Bilik Tetamu KPN, dekat Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada Duta Jepun, H.E Dr. Makio Miyagawa bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Tuan Haji Mohd Rashid Mean serta delegasi yang membuat kunjungan hormat di sebelah pagi.

Manakala Pengarah Eksekutif, Sekretariat ASEANAPOL, Kolonel Polis Kenechanh Phommachack dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tuan Azhar Azizan Harun pula masing-masing di sebelah tengah hari dan petang.

Kunjungan hormat ke atas Dato’ Sri Abdul Hamid tersebut antara lainnya bertujuan bertukar-tukar pendapat dan membincangkan mengenai isu jenayah di peringkat antarabangsa. Turut disentuh, isu berkenaan pilihan raya dan penganjuran program Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali ke-21.

Antara yang hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Bergambar kenangan.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kenangan kepada Duta Jepun, H.E Dr. Makio Miyagawa.

Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Bergambar kenangan.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kenangan kepada Pengarah Eksekutif, Sekretariat ASEANAPOL, Kolonel Polis Kenechanh Phommachack.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Bergambar kenangan.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kenangan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tuan Azhar Azizan Harun.

Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS