Berita

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KP APMM DAN PRESIDEN MCW


Kuala Lumpur, 11 Julai 2019 – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar dan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Tuan Haji Jais Abdul Karim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Kunjungan hormat oleh Dato' Sri Zulkifli itu diadakan bagi membincangkan beberapa isu keselamatan di perairan negara serta memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APMM.

Sejurus selesai, Dato' Pahlawan Mazlan kemudiannya menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Jais bersama delegasi yang berlangsung selama sejam.

Dalam pertemuan itu, MCW telah mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan integriti warga PDRM disamping akan memberikan komitmen tinggi dalam usaha untuk membanteras gejala rasuah.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Zamri Yahya, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar ke atas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar menandatangani buku pelawat.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, dalaman
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Dato’ Sri Zulkifili Abu Bakar.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Tuan Haji Jais Abdul Karim ke atas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Tuan Haji Jais Abdul Karim ke atas Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang berdiri
Bergambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS