Berita

DATUK MOHD KHALIL PENGARAH JSJN BAHAR

Kuala Lumpur, 16 Julai 2019 - Bekas Ketua Polis Johor, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd hari ini secara rasmi mengambil alih tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman daripada Pemangku Pengarah jabatan tersebut, DCP Dato' Kamarul Zaman Mamat.

Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Anak jati Seremban, Negeri Sembilan itu telah memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1982 sebagai seorang Inspektor dan kini telah 37 tahun berkhidmat dalam pasukan.

Antara jawatan penting yang pernah disandang Datuk Khalil sebelum ini adalah Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa), Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Jenayah Berat atau lebih dikenali sebagai D9 dan KPP D8, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Turut berlangsung dalam majlis tersebut adalah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN di antara Datin Radziah Zakaria dengan pemangku jawatan tersebut, Datin Suriati Muhamad sambil disaksikan oleh Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri.

Manakala seramai 46 warga PDRM yang terdiri dari kalangan pegawai kanan dan anggota pangkat rendah pula telah terpilih dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) oleh Dato' Pahlawan Mazlan, dalam majlis yang sama.

Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, pimpinan-pimpinan tertinggi PERKEP Jabatan, Timbalan-timbalan Pengarah dan Pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

0R9A0254
Sesi Penyerahan Tongkat Kuasa Pengarah JSJN.

0R9A0272
Penyerahan Dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP JSJN.

0R9A0378
Ucapan daripada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

 
 
 
 
 

0R9A0386
Sesi bergambar kenangan Timbalan Ketua Polis Negara bersama penerima-penerima anugerah PJPN.

0R9A0405
Sesi bergambar kenangan Pimpinan-pimpinan Tertinggi PERKEP Jabatan.

Image may contain: 2 people, people standing
Sekitar istiadat penganugerahan PJPN pada hari ini.

0R9A0336
Sekitar istiadat penganugerahan PJPN pada hari ini.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS