Berita

PDRM-VTREC LANCAR KEMPEN TANGANI KES CURI KENDERAAN

Kuala Lumpur, 16 Julai 2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) telah berganding bahu dalam Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan, bagi menangani dan mengurangkan jenayah khususnya melibatkan curi kenderaan.

Perasmian kempen tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed yang mewakili Ketua Polis Negara IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador di NU Sentral, di sini, pagi tadi.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Huzir menzahirkan penghargaannya buat seluruh ahli jawatankuasa penganjur yang telah sudi mengadakan kolaborasi bersama PDRM dalam usaha mencegah jenayah.

“Sekalung penghargaan kepada agensi yang terlibat atas kerjasama serta sokongan padu sepanjang kempen kesedaran yang diadakan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama PDRM bersama agensi-agensi lain,” ujarnya lagi.

Beberapa gerai pameran berkenaan pencegahan jenayah turut dibuka untuk memberi maklumat kepada masyarakat. Antaranya, pameran dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Malaysia Takaful Association (MTA) dan Gabungan Persatuan Peniaga Kunci Malaysia (GPPKM).

Turut hadir, Penasihat Kanan VTREC, Tuan Mohd Yusof Idris, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato’ Azimah Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia, Tuan Mark Lim, para pegawai kanan PDRM, wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta rakan media.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and shoes
Bergambar kenangan.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Gimik perasmian Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed bersama wakil dari agensi kerajaan dan NGO.

Image may contain: 5 people, people smiling
Gimik perasmian Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan Tahun 2019 yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed bersama wakil dari agensi kerajaan dan NGO.

Image may contain: 5 people
Sekitar Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan Tahun 2019 di NU Sentral Kuala Lumpur.

Image may contain: 11 people, people smiling, people standing
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed bersama wakil dari setiap agensi kerajaan dan NGO melawat gerai pameran yang terdapat di Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan Tahun 2019.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS