Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI SINGAPURA


Kuala Lumpur, 19 Julai 2019 - Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Antara inti pati pertemuan ialah membincangkan hal-hal semasa terutamanya berkaitan dengan isu-isu keselamatan dan seterusnya mengeratkan hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Dato’ Mohd Roze Shaari dan ACP Perhubungan Antarabangsa, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon menandatangani buku pelawat.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, sut
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang duduk, ruang tamu, meja dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, kasut dan dalaman
Sekitar kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS