Berita

INFO BALAI: BALAI POLIS PANTAI

Balai Polis Pantai yang terletak di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur telah dibina pada tahun 1974 di atas sebidang tanah seluas 71,600 kaki persegi.

Balai yang telah berusia 45 tahun itu lengkap dengan empat buah bangunan termasuk blok pentadbiran, berek bujang dan berek keluarga.

Balai tersebut juga merupakan balai polis kedua yang melaksanakan konsep “Modern Policing” selepas Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, dengan mempunyai kawasan pentadbiran seluas 13 kilometer persegi.

Kini, ia diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) dan mempunyai 181 pegawai serta anggota pelbagai pangkat, termasuk lapan pegawai awam.

Alamat Balai: Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur.

Talian Telefon: 03-22822222

23
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS