Berita

KPN DAN DUA PENGARAH PDRM DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN

KPN DAN DUA PENGARAH PDRM DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN Kuala Lumpur, 9 September 2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Manakala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani serta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato' Sri Rosli Ab Rahman pula menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Istiadat penganugerahan tersebut berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, di sini, pagi tadi. Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini, seramai 795 orang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

19
20
21
22
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS