Berita

IJN SANGKAL GAMBAR TULAR LELAKI BAWA ANAK PESAKIT JANTUNG


Kuala Lumpur, 11 September 2019 - Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sebelum tularkan cerita yang tidak sahih.

IJNF dalam kenyataan di Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa pertanyaan mengenai isu yang tular mengenai seorang lelaki menunggang motosikal bersama anaknya, baru-baru ini.

Menurutnya, kisah terbabit mendakwa lelaki itu bersama anaknya yang juga seorang pesakit jantung dalam perjalanan balik ke Terengganu dengan motosikal dari Institut Jantung Negara (IJN).

Hasil siasatan mendapati individu terbabit adalah orang yang sama didapati menipu sebelum ini dan kali terakhir pesakit itu ke IJN untuk rawatan susulan adalah pada 2016.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang bapa dan anak perempuan dalam keadaan menyedihkan.

Dua beranak itu ditemui satu keluarga di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Maran di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Lelaki berkenaan mendakwa anaknya menghidap jantung berlubang serta buah pinggang.

Sumber : Harian Metro

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/495564/kenapa-la-pak-cik-buat-macam-tu?fbclid=IwAR0kX8fDrW7ebuEphivlP60Jo8n6_giKEZpYE0EwSIByznGGiceLGcuYpFA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS