Berita

KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH URUSAN SHELL MALAYSIA

Kuala Lumpur, 11 September 2019 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini, pagi tadi.

Kunjungan hormat tersebut adalah bagi membincangkan strategi perlaksanaan program kerjasama antara Shell dan Polis Diraja Malaysia termasuk pelancaran semula Program "Go To Safety Point" (GTSP) dan Kempen 'Shell Selamat Sampai'.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Rosli Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan.

0S5A2261
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain.

0S5A2293
Bergambar kenangan.

0S5A2241
Sekitar kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Encik Shairan Huzani Husain ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS