Berita

INFO BALAI: BALAI POLIS TIKAM BATU


Balai Polis Tikam Batu yang terletak dalam daerah Sungai Petani, Kedah dibina sekitar tahun 1920-an di pinggir Sungai Muda sebelum dipindahkan ke sebuah bangunan baru di Pekan Tikam Batu pada tahun 1973.

Balai yang telah berusia 46 tahun itu telah dirasmikan oleh bekas Ketua Polis Negara ke-4, Tun Mohammed Hanif Omar pada 23 November 1974.

Kawasan pentadbirannya pula seluas 69 kilometer persegi dengan meliputi 44 buah kampung, 15 buah taman perumahan dan sebuah pekan.

Kini, balai tersebut dianggotai seramai 13 anggota Polis yang diketuai oleh seorang berpangkat Sarjan Mejar (SM).

Alamat balai : Balai Polis Tikam Batu, 08600 Tikam Batu, Kedah.

Talian telefon : 04-438 8222

Sumber: Polis Kedah

INFO BALAI: BALAI POLIS TIKAM BATU

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS