Berita

PETA LALUAN TOUR OF PENINSULAR (TOP) 2019 PERINGKAT 3


Motoshoot Event akan menganjurkan kejohanan lumba basikal Tour Of Peninsular (TOP) 2019 yang akan berlangsung mulai 15 Oktober 2019 sehingga 19 Oktober 2019 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Ianya melibatkan beberapa negeri iaitu Terengganu, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Peringkat 3 : Kuantan - Karak (172.7km)
Tarikh : 17/10/2019 (Khamis)
Lokasi Pelepasan : Padang MPK2, Kuantan
Masa Pelepasan : 10.00 pagi
Lokasi Penamat : Jalan Besar Karak, Karak
Jangkaan Masa Sampai : 2.30 petang
Kontinjen Terlibat : Pahang
Daerah Terlibat : Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-
Padang MPK 2, Kuantan – Kg Sri Fajar – Gambang – Paya Bungor – Sri Jaya – Maran – Kg Paya Pasir – Kg Awah – Kg Sg Gau – Kg Paya Pauh – Temerloh – Mentakab – Kg Kaya Siput – Lancang – Jalan Lama Karak - Bentong
Pelepasan peserta perlumbaan dari Padang MPK 2, Kuantan pada jam 10.00 pagi dan penutupan jalan secara berperingkat mulai jam 6.00 pagi.

Jangkaan ketibaan peserta perlumbaan pada jam 2.30 petang di Dataran Karak dan penutupan lokasi penamat seawal 12.30 tengahari.

Pemakluman kepada orang ramai
Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan.

Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan.

Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan.
Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan Tour Of Peninsular 2019

Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web Tour Of Peninsular 2019 di
www.tourpeninsular.com

PETA LALUAN TOUR OF PENINSULAR (TOP) 2019 PERINGKAT 3

PETA LALUAN TOUR OF PENINSULAR (TOP) 2019 PERINGKAT 3
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS