Berita

e-PENGAMBILAN PDRM: SASAR PENGISIAN 6,000 ANGGOTA POLIS BAHARU TAHUN HADAPAN

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan pengisian jawatan bagi 6,000 pegawai dan anggota polis baharu menjelang tahun 2020 melalui sistem permohonan jawatan kosong secara atas talian, e-Pengambilan PDRM. 

 e-Pengambilan PDRM yang dilancarkan pada hari ini oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor merupakan sebuah sistem yang memudahkan orang awam memohon jawatan Inspektor, Sarjan, Konstabel atau Konstabel Orang Asli secara terus melalui PDRM. 

"Sistem e-Pengambilan adalah komitmen PDRM untuk terus memastikan proses awal pengambilan orang awam memasuki Pasukan diselaraskan secara bersistematik dan efisien," jelas beliau pada Pelancaran Sistem e-Pengambilan PDRM di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, di sini.

Melalui sistem tersebut, Unit Pengambilan di bawah Jabatan Pengurusan, Bukit Aman mampu memproses jumlah permohonan yang diterima dari seluruh pelusuk negara mengikut kekosongan yang ada dalam PDRM.

Difahamkan, sistem yang mula dilaksanakan sejak 23 September lalu telah mencecah jumlah 37,115 permohonan baharu, sejak 25 Oktober lalu.

Dato' Pahlawan Mazlan turut berharap agar dengan wujudnya sistem tersebut, ia dapat membantu Pasukan menghalusi dan memilih calon-calon yang berkelayakan mengikut kriteria keperluan semasa.

"Saya amat berbangga apabila profesion kepolisan ini sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat. 

"Malah ada di antara pemohon yang sanggup berulang-kali mencuba nasib bagi menyertai kerjaya murni ini, sekalipun mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi daripada jawatan yang dipohon," ujar beliau lagi. 

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis merangkap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan), Jabatan Pengurusan, ACP Datin Sharifah Zanariah Syed Mahmood, barisan pengarah PDRM, pegawai kanan PDRM, serta wakil media.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Gimik Perasmian dan Pelancaran Sistem e-Pengambilan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Gimik Perasmian dan Pelancaran Sistem e-Pengambilan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing and outdoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 13 people, people standing
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 3 people, people sitting and suit
Sekitar Majlis Perasmian dan Pelancaran Sistem e-Pengambilan berlangsung.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan.

Image may contain: 3 people, people smiling
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS