Berita

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP KHAZANAH: VIP GILA MEMBURU DIPANTAU

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2019 - Golongan kenamaan (VIP) antara kumpulan dipercayai terbabit dalam kegiatan pemburuan haram hidupan liar sebagai hobi.

Mendedahkan kegiatan itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya menerima maklumat golongan VIP itu terbabit bukan saja memburu hidupan liar, malah spesis yang terancam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perkara itu malah beliau turut memberi amaran tindakan keras akan diambil jika golongan berkenaan ditahan.

"Jika identiti mereka sudah dikenal pasti, polis tidak akan teragak-agak untuk merampas senjata api mereka dan jika ditahan ketika menjalankan aktiviti itu mereka tidak akan terlepas daripada pendakwaan.

"Justeru, saya nasihatkan supaya golongan ini (VIP) menyahut seruan ini dan menghentikan aktiviti berkenaan bagi menyelamatkan hidupan flora dan fauna yang ada di negara," katanya pada sidang media Ops Khazanah di Bukit Aman, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, dua batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Senoi Praaq, Bidor, Perak membabitkan 1,073 anggota dikerahkan bagi menjalankan Op Bersepadu Khazanah di hutan negara.

Bacaan lanjut di keratan akhabr terbitan Berita Harian seperti berikut.

Image may contain: 4 people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS