Berita

ANGGOTA TRAFIK 'TRIPLE H' BANTU ALIHKAN KENDERAAN ROSAK


Koperal 'Hamzah' Wahid, Koperal 'Hafizan' Zakaria dan Lans Koperal Muhammad 'Hafiz' dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim memberi bantuan kepada seorang wanita bersama dua anak yang mengalami kerosakan kenderaan di Kilometer 103 Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh.

Anggota tersebut turut membantu menghubungi mekanik dari bengkel berhampiran setelah kenderaan berjaya dialihkan ke tepi jalan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kawasan terbabit.

Ketika kejadian, tiga anggota polis trafik tersebut dalam perjalanan menjalankan rutin harian penguatkuasaan trafik di jalan berkenaan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/…/2019/10/5…/terima-kasih-triple-h

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS