Berita

PGA SARAWAK TUMPAS SINDIKET, RAMPAS 800 RIBU DIESEL BERNILAI RM1.7 JUTA


Miri, 1 November 2019 – Sepasukan pegawai dan anggota Batalion 12, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas sejumlah minyak diesel termasuk dua kapal dan wang suapan dianggarkan bernilai RM6.7 juta dalam Op Libas di Tebingan Sungai Miri, Jalan Krokop Utama di sini, semalam.

Jumlah rampasan tersebut merangkumi anggaran nilai dua kapal RM5 juta, 800,000 liter diesel bernilai RM1.7 juta dan suapan RM25,000.

"Dalam serbuan yang dilakukan, lima lelaki tempatan berjaya ditahan termasuk dua daripadanya cuba memberikan wang suapan kepada ketua operasi sebagai jaminan tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap aktiviti tersebut,” jelas Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dato’ Khaw Kok Chin.

Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 1 petang itu turut melibatkan para pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak.

Menurut beliau, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan SPRM untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dua orang ditahan di bawah Seksyen 17 (B) Akta SPRM 2009," katanya lagi.

Image may contain: one or more people, outdoor and water

Image may contain: one or more people, outdoor and water

Image may contain: sky, outdoor and water

Image may contain: sky, outdoor and water

Image may contain: sky, outdoor and water


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS