Berita

TAZKIRAH JUMAAT


Assalamualaikum wbth dan selamat pagi,

SENTIASA BERSYUKUR DAN MEMUJI ALLAH SWT

Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Redha kepada hambanya yang apabila ia makan sesuatu makanan, lalu ia memuji Allah atas makanan itu dan apabila ia minum akan minuman, lalu ia memuji kepada Allah atas minuman itu”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

1) Islam menggalakkan umatnya supaya sentiasa bersyukur dan memuji Allah SWT kerana Allah akan memberi ganjaran dan rahmat ke atas orang yang bersyukur dan memujinya.

2) Allah SWT sangat kasih ke atas orang yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

#TazkirahJumaat

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

z

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS