Berita

HARI KELUARGA KDN MERIAH, ERAT UKHUWAH SESAMA WARGA KERJA

Serdang, 2 November 2019 - Setiap tahun, program Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diadakan bagi mengerat ukhuwah antara warga kerja di bawah kementerian itu pasti berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni.

Tidak terkecuali pada tahun ini, pemilihan Dewan A, MAEPS dekat sini sebagai lokasi program berjaya menghimpunkan hampir 3,000 ahli keluarga KDN dari pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Hari Keluarga KDN 2019 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Alwi Haji Ibrahim pagi tadi, turut mempertandingkan pelbagai acara sukaneka bagi kategori tetamu kehormat, dewasa dan kanak-kanak. Antaranya acara Golf Kampung, Mencari Jodoh Abjad, Kidzania dan lain-lain.

Program juga dimeriahkan dengan booth-booth permainan dan aktiviti sampingan serta slot cabutan bertuah yang menawarkan 300 hadiah menarik seperti motosikal, basikal dan barangan elektrik.

Ternyata, program berkenaan berjaya mencapai objektif penganjurannya apabila terserlah semangat berpasukan dan kemesraan dalam kalangan para peserta yang mengambil bahagian.

Turut hadir dalam Hari Keluarga KDN tadi ialah Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan MDN, Dato' Azis Jamman, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dan ketua-ketua pengarah agensi serta pegamal media.

Image may contain: 34 people, people smiling, people standing
Bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

Image may contain: 17 people, people smiling, people standing and outdoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menyertai acara sukaneka VIP di Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoor
Pemenang hadiah utama cabutan bertuah di Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

Image may contain: 3 people, crowd and outdoor
Sekitar sesi senamrobik berlangsung di Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

Image may contain: one or more people and people standing
Sekitar gimik perasmian Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

Image may contain: 21 people, people smiling, crowd
Sekitar acara sukaneka berlangsung di Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

Image may contain: 14 people, people smiling, people standing and outdoor
Sekitar acara sukaneka VIP berlangsung di Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing, people on stage and outdoor
Sekitar acara sukaneka VIP berlangsung di Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

Image may contain: 1 person, on stage
Ucapan perasmian penutupan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin di Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2019.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS