Berita

MaSO 2019: FOKUS PENGUATKUASAAN PERAIRAN, JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Kuala Lumpur, 5 November 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Polis Marin (PPM) bersama International Committee of the Red Cross (ICRC) menganjurkan Bengkel Operasi Keselamatan Maritim Serantau 2019 (MaSO 2019) bagi menfokuskan mengenai penguatkuasaan perairan negara dan jenayah rentas sempadan.

Bengkel yang berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 8 November tersebut turut mengetengahkan isu berkaitan keupayaan aset bagi mendepani cabaran penguatkuasaan yang semakin kompleks secara lebih efektif dan berkesan.

Penganjuran MaSO 2019 itu juga melibatkan penyertaan daripada lebih 35 pegawai kanan dari pelbagai agensi termasuk polis, pengawal pantai, penguatkuasa maritim, tentera laut dan agensi kawalan sempadan dari 13 buah negara di Asia Pasifik.

MaSO 2019 dilihat menjadi medan terbaik bagi agensi penguatkuasa berkongsi ilmu berkaitan penguatkuasaan perundangan tempatan dan undang-undang antarabangsa yang diguna pakai menangani isu-isu rentas jenayah sempadan.

MaSO edisi ketiga ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim dan turut dihadiri oleh Ketua delegasi serantau ICRC di Kuala Lumpur, Puan Biljana Milosevic.

Turut hadir, Komander PPM Bukit Aman, SAC Tuan Haji Mohd Yusoff Mamat, pegawai kanan PDRM, peserta bengkel serta wakil media.

Image may contain: 35 people, people smiling, indoor
Para peserta Bengkel Operasi Keselamatan Maritim Serantau 2019 (MaSO 2019) bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Ketua delegasi serantau ICRC di Kuala Lumpur, Puan Biljana Milosevic menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.

Image may contain: 5 people
Sekitar Bengkel Operasi Keselamatan Maritim Serantau 2019 (MaSO 2019).

Image may contain: 1 person
Ucapan oleh Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim.

Image may contain: 15 people, suit, wedding and indoor
Sekitar Bengkel Operasi Keselamatan Maritim Serantau 2019 (MaSO 2019).

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS