Berita

PENGARAH JSJN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI AFP

Kuala Lumpur, 5 November 2019 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Mohd Khalil Kader Mohd, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Commander Of Australian Federal Police (AFP) South East Asia, Mr. James Byrne bersama delegasi di Bukit Aman.

Dalam pertemuan tersebut, pihak AFP telah berbesar hati untuk menyumbangkan dua unit UAW Drone bagi kegunaan jabatan berkenaan ketika menjalankan operasi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JSJN, DCP Dato' Kamarulzaman Mamat, Ketua Penolong Pengarah Risikan /Operasi, SAC Tuan Lukas Anak Aked dan para pegawai kanan polis

#WarAgainstDrugs



Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people smiling

Image may contain: 1 person, sitting
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS